"Saya tak tahan dengan tangisannya..", Berang dengar tangisan, bapa gam mata dan mulut bayi 14 bulan
Seorang bapa bertindak kejam untuk membuatkan anaknya yang baru berumur
14 bulan berhenti menangis, dengan menutup mata dan mulutnya menggunakan
gam pelekat kuat.
Polis di Odessa, Texas di Amerika Syarikat mendapat panggilan ke sebuah
bilik hotel yang menemukan mereka dengan kanak-kanak itu yang ditekupkan
dengan timbunan bantal dan selimut.
Suspek turut didakwa memukul anak perempuannya tetapi melarikan diri
sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Media tempatan, WQAD melaporkan pihak berkuasa telah menahan bapa
mangsa.
Menurut Jabatan Polis Odessa, Johnnie Lee Carter, 29, ditahan di El Paso
pada Isnin di atas tuduhan mencederakan kanak-kanak sehingga mengakibatkan
kecederaan parah pada badan.
Saluran berita itu melaporkan Carter melarikan diri selepas polis
mendapat panggilan berhubung kejadian pada 16 September lalu.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Menerusi dokumen mahkamah, dia didakwa mencekik dan menumbuk kanak-kanak
itu sebelum menyapu gam pelekat kuat pada muka mangsa. - Mirror Online, mStar Online