[Video] "Saya Tak Nak Dah Bercita Lama-Lama, Kenal 2 Hari Je Trus Tunang..", Gadis Jumpa ‘Pengganti’ Lepas Patah Hati, Kenal 2 Hari Je Terus Diajak Bertunang
Jodoh merupakan 1 perkara yang misteri. Ada yang jodohnya dipermudahkan dan diakhiri dengan ikatan pernikahan. Manakala, ada juga yang ditakdirkan putus di pertengahan jalan.
Befitulah seperti kisah seorang gadis dikenali sebagai
Syazarinna ini yang sudah tawar hati untuk menerima kehadiran insan baru dalam
hidupnya.
Pernah dikecewakan
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis itu
mendedahkan pernah dikecewakan dan penat memberi peluang kepada lelaki yang
tidak menghargai dirinya.
Bagaimanapun, kisah sedih itu bertukar menjadi satu episod
indah dalam hidupnya apabila seorang lelaki hadir memberi harapan baru.
Baru kenal 2 hari, ajak tunang
Menurut Rinna, dia telah mencabar lelaki bernama Hazik itu
agar berjumpa kedua orang tuanya terlebih dahulu jika ikhlas ingin
memperisterikannya.
Tanpa disangka, Hazik nekad berjumpa ibu dan ayah Rinna
walaupun tempoh perkenalan hanyalah 2 hari. Berikutan itu, mereka berdua terus
memutuskan untuk bertunang setelah hubungan direstui keluarga.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan
tahniah kepada kedua pasangan tersebut. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan
agar mereka tabah menghadapi dugaan bertunang.
Jodoh itu rahsia Tuhan. Kadangkala apa yang kita rasa baik, bukanlah yang terbaik untuk diri kita. Tuhan lebih mengetahuinya.
Sumber: TikTok @syazarinnaaa
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.