[Video] Jahanam Barang Makeup Mahal, Gadis Kesal Tetamu Biarkan Anak ‘Meliar’
Menerima kedatangan tetamu ke rumah cukup memberikan rasa
teruja khususnya kepada golongan ibu kerana ia boleh mengeratkan hubungan
silaturahim setelah lama tidak bersua. Namun kadangkala, kehadiran mereka
bersama anak kecil yang terlalu aktif sedikit sebanyak menimbulkan keresahan.
Mana tidaknya, kegagalan mengawal sikap itu mampu mendatangkan mudarat
termasuklah kerosakan harta benda tuan rumah.
Letak beg tangan kat kerusi tinggi…Tak mungkin boleh capai kalau takde orang ambilkan
Sukar diterima, namun demikianlah kejadian yang dialami
seorang gadis ini selepas tetamunya singgah menziarahi rumah. Cukup menguji
kesabaran, barangan makeup miliknya yang masih baru dan merupakan hadiah
pemberian seseorang habis rosak akibat dijadikan ‘alat permainan’. Padahal
sebelum itu, dia sudah meletakkan eye shadow terbabit di tempat yang tinggi
sekali gus agak sukar dicapai oleh budak-budak kecuali dengan bantuan orang
dewasa.
Tak apalah kalau tak nak diganti, tapi setidaknya ada la adab
Apabila mengadu tentang insiden berkenaan, hatinya bertambah
panas apabila ibu kepada kanak-kanak terbabit umpama play victim malah segera
menjatuhkan salah kepada Amelia. Tidak mengharap sebarang ganti rugi, namun dia
agak terkilan mendengar jawapan wanita tersebut yang seakan-akan tiada common
sense.
Samalah…Koleksi kereta mainan aku rosak dibuat main
Mengetahui kisah ini, netizen juga sama-sama merasa kesal.
Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsikan pengalaman sama tatkala harta
benda mereka rosak akibat perbuatan anak tetamu.
Sumber : TikTok amelia kusuma
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.