[Video] "Knapa La Menantu Buat Macam Tu..", Ibu Mengigil Dapat Tahu Menantu Berhutang RM10 Ribu, Sekali Rupanya Dapat Prank..

Setiap anak pasti mempunyai cara tersendiri untuk memberi senyuman kepada orang tua tersayang. Salah satunya adalah meraikan hari ulang tahun mereka dengan memberikan ucapan ataupun surprise agar mereka gembira.

Orang datang rumah minta ‘hutang’

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @junsyawalina, dia telah datang ke rumah seorang warga emas dan membuat ‘drama’ sebelum melakukan kejutan hari lahir untuk wanita itu.

Dalam video yang dikongsikan, dia dan beberapa teman telah mendatangi warga emas berkenaan dan memaklumkan bahawa anak serta menantunya telah berhutang sebanyak RM10,000. Akn tetapi kedua-duanya tidak dapat dihubungi.

Terkejut anak menantu buat hal

Dapat dilihat mak cik tersebut sedikit panik dan terkejut namun masih bertenang serta bercakap dengan lembut memaklumkan yang dia tidak mengetahui sebarang hutang yang dimaksudkan.

Mak cik berkenaan juga mengajaknya  masuk untuk berbincang secara baik. Di sempat bercakap dengan anak kepada warga emas berkenaan sebelum memberi alasan kononnya ingin mengambil  dokumen perjanjian.

Rupanya ‘prank’ hari lahir

Tanpa diduga warga emas tersebut, rupanya ‘dokumen’ yang dimaksudkan adalah jambangan hadiah dan buah-buahan istimewa sempena hari lahirnya

‘Drama’ yang dibuat juga hanya rekaan dan sengaja dilakukan untuk membuat prank hari jadi buat makcik tersebut terlihat real.

Akui menggigil jugak

Apabila mengetahui hal sebenar, warga emas itu terus tersenyum dan lega kerana mengakui menggigil ketika ada yang datang meminta hutang.

Dia juga sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada anak-anak kerana mengingati hari ulang tahun kelahiran serta memberikan hadiah kepadanya.

Sumber: junsyawalina

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close