[Video] "Saya Bengang Sebab Tu Saya Cabut Pagar Masjid..", Lelaki Tendang Pintu Pagar Masjid Sampai Tercabut Sebab Bengang Tak Dibenarkan Masuk Untuk Solat Jumaat
Bengang tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk menunaikan
solat Jumaat, seorang lelaki bertindak menendang pagar sebuah masjid di
Selayang sehingga tercabut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata, kejadian
itu disedari oleh bilal masjid yang kemudian membuat laporan polis pada jam
1.40 tengah hari Sabtu.
Berdasarkan video kamera litar tertutup (CCTV) di premis
mendapati, suspek yang juga penghantar barang itu memandu kenderaan jenis
Nissan Navara menendang pagar besi masjid bertubi-tubi bagaikan tiada hari esok
sehingga menyebabkan pagar itu rosak. Suspek kemudian mencabut pagar itu
sebelum masuk ke dalam masjid.
Ekoran itu, suspek berusia 35 tahun ditahan ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Gombak, untuk memberi keterangan.
Polis turut merampas Nissan Navara dan sepasang baju Melayu
yang digunakan suspek ketika melakukan perbuatan khianat itu.
Siasatan mendapati, suspek bengang kerana tidak dibenarkan
untuk masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat.
Keputusan ujian saringan air kencing mendapati suspek
negatif dadah. Semakan rekod pula mendapati suspek mempunyai dua rekod yang
berkaitan dengan jenayah dan dadah.
Suspek direman selama empat hari sehingga 19 Mac untuk
disiasat di bawah Seksyen 427/295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan
mencemarkan tempat sembahyang.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.