[Video] "Hancur Kereta Tu Bertembung..", Buat U-Turn Secara Tiba-Tiba, Perdana Dirempuh Volvo Sehingga Bergegar CCTV
Jam 1.23 petang, 15 Mei 2021, berlaku kemalangan yang
membabitkan dua buah kenderaan sedan di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan,
akibat kecuaian salah seorang pemandu terbabit.
Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
berdurasi satu minit itu menunjukkan, kereta Proton Perdana terdahulu dilihat
memperlahankan keretanya dan masuk ke bahu jalan. Selepas kereta Perodua Myvi
(putih) keluar dari simpang, pemandu Perdana dipercayai membuat pusingan U
secara perlahan.
Dalam masa yang sama, kereta Volvo (hitam) dari laluan yang
sama dipandu dengan laju sehingga terlompat ketika melalui bonggol jalan.
Kehadirannya di jalan itu gagal disedari oleh pemandu Perdana.
Terkejut melihat kereta Perdana membelok secara tiba-tiba,
pemandu Volvo cuba menekan brek kecemasan sehingga keempat-empat tayarnya
berasap. Malangnya, usahanya gagal lalu merempuh kereta Perdana dari bahagian
kanan pemandu Perdana.
Rempuhan itu menyebab kereta Volvo hilang kawalan lalu masuk
ke laluan bertentangan dan melanggar sebahagian bangunan di situ. Manakala
kereta Perdana mengalami kerosakan teruk di bahagian kanan dan tersadai di
tengah jalan.
Dua kenderaan itu juga nyaris dilanggar sebuah kereta
Perodua Viva yang kebetulan melalui jalan tersebut, tetapi pemandunya sempat
memperlahankan kenderaan. Tidak diketahui bagaimana keadaan dua pemandu
kenderaan terbabit.
Di media sosial, banyak reaksi dari netizen. Ada yang
rata-rata menyalahkan pemandu Perdana yang membuat pusingan U di tempat yang
tidak sepatutnya, tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu Volvo memandu
terlalu laju di jalan itu.
Walaupun begitu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua pemandu
kereta itu selamat dan orang ramai wajar menjadikan kejadian itu sebagai
pengajaran serta mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.