[Video] “Hari Raya Tapi Anak-Anak Tak Dapat Balik Kg Sebab PKP”, Ayah Gigih Masak Walaupun Anak-Anak Tak Balik
Saban tahun, sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Akan tetapi, kali ini sedikit berbeza apabila tiada sebarang pergerakan merentas daerah atau negeri dibenarkan demi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Susulan itu, antara yang paling terkesan dengan musim PKP adalah para ibu bapa yang tua menetap di kampung. Samalah juga seperti seorang warga emas ini yang hanya beraya sendirian di rumah kediamannya. Lebih menyayat hati, dia turut berkongsi rakaman persiapan raya kepada anak-anak melalui kiriman WhatsApp.
Menerusi klip video yang dikongsi oleh Iera Effariza, ayahnya siap sediakan beberapa juadah raya yang cukup menyelerakan seperti nasi impit, kuah kacang serta rendang ayam. Walau bagaimanapun, wanita tersebut akui sedih melihat ayahnya berseorangan memandangkan saudara terdekat juga tak dibenarkan ziarah raya. Malah keluhan warga emas tersebut tatkala membuat ucapan raya jelas kedengaran cukup sebak.
@iera_effariza Pagi raya buat sis menangis 😭 Rindu Ayah
♬ original sound - Iera Effariza
Rata-rata netizen nyata bersedih mengenangkan nasib dilalui pak cik tua tersebut. Selain risau keadaannya seorang diri, mereka juga tertanya-tanya sama ada kesemua juadah itu boleh dihabiskan atau tidak.
Sumber: TikTok Iera Effariza
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.