'Dah Meninggal, Apsal Tak Inform Awal?' - Kepala Bana Punya Customer, Kata Netizen
PUTRAJAYA - Viral di media sosial, screenshot WhatsApp seorang
lelaki yang juga pelanggan bagaikan tidak percaya yang peniaga online yang
berurusan dengannya telah meninggal dunia dan menyangka lelaki itu cuba
menipunya.
Tidak dinyatakan bila pelanggan itu mula berurusan dengan peniaga
terbabit, namun difahamkan barang yang dipesannya sudah lama tetapi masih
belum mendapat barangan tersebut sehinggalah dia dimaklumkan oleh isteri
peniaga terbabit bahawa suaminya telah meninggal dunia.
"Maaf, saya isteri arwah. Faris telah kembali ke rahmatullah pada 15 Jun
2017. Saya akan refund duit tuan. Bagi nombor akaun dan detail tuan,"
mesej isteri arwah.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak percaya dan mengugut mahu membuat laporan
polis dan meminta ditunjukkan surat kematian lelaki itu sekiranya benar
peniaga berkenaan telah meninggal dunia.
"Jangan sampai saya buat report polis. Masak awak nanti," katanya
memberikan amaran.
"Kematian suami saya, takkan saya nak buat main-main?" balas isteri arwah
Faris.
Bagaikan tidak dapat menerima perkhabaran itu, lelaki berkenaan
mengajukan soalan bertalu-talu sampai dia terdesak untuk mengetahui apa
punca suami wanita itu meninggal dunia. Malah, mula menuduhkan isteri
arwah hanya berikan alasan untuk tidak memulangkan wangnya.
"SubhanaAllah. Saya masih bersedih, tuan cakap macam-macam tentang arwah
suami saya," balas isteri sambil menghantar sijil kematian
suaminya.
Sekali lagi, lelaki terbabit tidak percaya dan mendakwa surat itu boleh
dibuat bagi tujuan menipu.
Sementara itu di media sosial, netizen tidak menyangka orang seperti ini
wujud di Malaysia.
"Dah meninggal, apasal tak inform awal? Yang ini kepala bana. Manalah
isteri dia tahu arwah ada berurusan apa dengan orang. Menjadi adat orang
kita announce masa orang ramai kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa,
boleh tuntut dengan waris.
"Mungkin lelaki itu nak arwah WhatsApp dari liang lahad agaknya," kata
Ash Rizal Abd Rahman.