[Video] Tahan Sakit ‘Contraction’, Ibu Hamil Selamba Joget TikTok Dulu Sebelum Bersalin
Biasanya, wanita yang bakal menimang cahaya mata sulung kurang memiliki persediaan berkenaan ilmu kehamilan.
Biarpun sudah sampai masa hendak bersalin, ramai yang tidak mengetahui tanda-tanda ingin bersalin iaitu ‘contraction’.
Begitulah seperti kisah seorang wanita yang berasal dari negara Indonesia ini. Dipercayai perutnya telah mengeras hampir 2 jam.
Bagaimanapun, ibu muda ini tidak mengetahui bahawa dirinya sedang mengalami ‘contraction’ atau perutnya sedang meragam hendak membuang air besar.
Namun begitu, aksi bersahaja bakal ibu itu di TikTok telah mencuri perhatian ramai netizen. Mana tidaknya, walaupun sudah sarat hamil dengan keadaan perut memboyot ke hadapan, dia masih boleh berjoget di hadapan kamera.
Siapa sangka, rupanya memang betul dia sedang mengalami ‘contraction’ dan kini telah selamat melahirkan bayi sulungnya.
@borupane1 gk tau ni kompal apa beneran udah 2 jm ngerasain sakit ny..
♬ Lanjut - Batrisyah97
@borupane1 Alhamdulillah lahir jugk.. BBJ 3.3
♬ Bongo cha-cha-cha - Remastered - Caterina Valente
Meninjau ke ruangan komen, majoriti netizen memberi reaksi terhibur terhadap gelagat wanita berkenaan.
Sumber: TikTok @borupane1