Tak Dapat Tukar Top Up, Pekerja 7E Dibelasah Sekumpulan Lelaki
Menurut Akmal Hisyam, yang memuat naik video dan gambar kejadian di Facebooknya semalam,
kejadian itu berlaku kerana salah seorang suspek berkenaan tidak berpuas
hati dengan mangsa yang tidak membenarkannya menukar kad top up yang telah
dibeli sebelum itu.
Tidak beberapa lama kemudian, mangsa dilihat mengambil sesuatu di bawah
kaunter yang dipercayai kayu lalu mengejar kesemua suspek yang
bertempiaran lari keluar dari kedai tersebut.
Bagaimanapun difahamkan, pihak berkenaan mahu kejadian itu diselesaikan
secara dalaman tanpa melibatkan campur tangan pihak berkuasa.