Rugi RM16,000 Diperdaya Lelaki Gay Menyamar Sebagai Janda Anak 1
Haris Syakirin Shukri, 23, berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah,
didakwa menyamar sebagai Syarifah Syakilla dan Chinta Chanduri yang
menggunakan gambar perempuan lain untuk melakukan perbuatan tidak
bertanggungjawabnya itu.
Menurut Manna Melynna, dia bukan mahu membuka aib tetapi suspek sudah keterlaluan dan juga mahu
semua individu yang pernah menjadi mangsa lelaki ini tampil.
"Hasil siasatan saya sendiri, dia menggunakan gambar orang lain dan menyamar
menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla dengan menagih simpati orang
kononnya dia janda anak satu, bercerai sebab dipukul suami.
"Selain itu, dia juga mengajak mangsanya bertunang atau berkahwin,
seterusnya disuruh diberikan wang agar dapat membeli cincin
tunang/kahwinnya," katanya.
Namun setelah suspek berjaya ditangkap, suspek mendakwa dirinya telah
disihir seseorang di mana dia disihir masuk ke dalam badan seorang lelaki.
Dan jika ingin kembali ke susuk tubuh asal, dia perlu minum sperma orang
yang dia suka, dakwa suspek.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.