Ibu tik4m anak lelakinya 12 kali & penggal kepalanya kerana mahu menjadi perempuan
Seorang ibu didakwa memenggal kepala anak lelakinya berusia 9 tahun,
selepas menikamnya 12 kali kerana mangsa memberitahu yang dia mahu menjadi
perempuan, lapor Mirror.
Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Mei lalu di Samambala, Brazil, ibu
mangsa, Rosana Candido, 27, dilaporkan meminta bantuan kekasihnya
(perempuan), Kacyla Pessoa, 28, untuk menyiat kulit muka mangsa, Rhuan, 9,
sebelum memotong anggota badannya.
Mata mangsa juga dicungkil menggunakan pisau agar mayatnya tidak dapat
dikenal pasti dan sebahagian anggota badannya dibakar di alat
pemanggang.
Namun, tindakan mereka itu gagal menghapuskan mayat lalu mereka mengambil
keputusan untuk menyumbat mayat Rhuan dalam tiga buah beg. Salah satunya
dicampak ke pembentungan, manakala dua lagi beg masih disimpan di
rumah.
Selepas ditahan, Candido dan Pessoa mengaku membunuh mangsa dan kini
mereka berdepan dengan dakwaan membunuh, mendera dan cuba menghapuskan
mayat mangsa.
Selain itu, mereka juga didakwa cuba memotong alat sulit Rhuan tahun lalu
dalam satu pembedahan yang dilakukan mereka sendiri.
Candido dan Pessoa berkata, mereka membunuh Rhuan kerana mangsa mahu
menjadi perempuan. Candido menjelaskan dia berasa terbeban dan langsung
tidak mempunyai rasa sayang terhadap Rhuan yang merupakan anak hasil
daripada kejadian rogol.
Sementara itu, bapa Rhuan yang tinggal di Acre berkata, Candido melarikan
diri dengan Rhuan selepas dia hilang hak penjagaan terhadap anaknya itu,
untuk tinggal bersama pasangan songsangnya, Pessoa yang juga mempunya anak
perempuan berusia 9 tahun.