(Video) 'Kau dah ada 12 anak dengan aku!!' - Isteri belasah pemandu bas kantoi curang depan penumpang
Wanita itu datang menyerang suaminya ketika lelaki itu sedang bertugas di
Manila, Jumaat lalu.
Keadaan itu memaksa pemandu bas terbabit memberhentikan kenderaan dan
perjalanan penumpangnya tertangguh seketika.
Klip video yang dirakam penumpang bas menunjukkan wanita terbabit
menjerit terhadap suaminya.
"Kau ada 12 orang anak dengan aku! Macam mana kau boleh hancurkan
keluarga kau hanya kerana perempuan lain!?" jeritnya.
Difahamkan, perempuan simpanan lelaki itu turut berada dalam bas tersebut
ketika kejadian itu berlaku.
Pemandu bas itu sedaya upaya menghalang isterinya dari menyerang
kekasihnya.
Para penumpang yang lain pula meminta kekasih pemandu itu keluar dari bas
tersebut kerana dia telah menyebabkan perjalanan mereka
tertangguh.
Enggan terlibat dalam kejadian itu, perempuan berkenaan terus mengambil
begnya dan keluar dari bas tersebut.
Salah seorang penumpang bas, Dwigay Germanes berkata, "Saya sokong isteri
dia, mesti dia rasa kecewa sangat bila dapat tangkap suami dia
curang.
"Mungkin sebelum ini dia dah rasa curiga. Saya tak kasihankan pemandu itu
sebab dia memang layak dibelasah isterinya dan kami pula lambat sampai di
tempat kerja disebabkan kecurangannya itu," katanya.
Ekoran kejadian itu juga, kesemua penumpang terpaksa menggunakan
perkhidmatan bas lain dan pergaduhan pasangan berkenaan membuatkan pihak
polis trafik termasuk masuk campur.
Sumber: Daily Mail