Wanita putus kepala gara-gara earphone tersangkut di pintu lif
Seorang wanita berusia 48 tahun maut selepas kepala terputus akibat
tersangkut pada lif yang tidak berbumbung di sebuah kilang plastik di
Vadodara, Uttar pradesh, India, Isnin lalu, lapor Indian
Express.
Difahamkan, mangsa, Sushila Vishwakarma sampai ke tempat kerja pada jam 8
pagi dan selepas habis waktu bekerja di tingkat bawah, Sushila menggunakan
lif naik ke tingkat empat.
Tidak diketahui bagaimanapun kejadian itu boleh berlaku, namun polis
percaya fon telinga mangsa mungkin tersangkut pada pintu lif kerana mereka
menemui fon telinga itu masih berada di kepala mangsa.
Kepala mangsa ditemui di tingkat bawah, manakala badannya ditemui dalam
lif di tingkat empat.
"Kami telah menghantar mayat mangsa untuk menjalani post mortem dan kami
sedang menyiasat segala kemungkinan bagaimana kepalanya tersangkut sama
ada ia disebabkan fon telinga atau benda lain.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
"Kami juga akan menyiasat sama ada lif itu rosak atau sebaliknya," kata
Inspektor Tr Bamaniya.