Pemandu disaman kerana menggaru muka ketika memandu
Seorang lelaki di China disaman pihak berkuasa selepas kamera trafik yang
menggunakan sistem pengecaman muka merakam perbuatannya yang sedang
menggaru muka ketika memandu.
Jilu Evening Post melaporkan, pemandu bernama Liu itu di Jinan, Shandong,
China pada Isnin lalu dan mengangkat tangannya untuk menggaru muka ketika
melalui kamera trafik tersebut.
Beberapa hari kemudian, Liau meerima makluman yang menyatakan dia telah
melanggar undang-undang jalan raya kerana menggunakan telefon bimbit
ketika memandu. Malah, gambar dari kamera trafik juga turut disertakan
kepadanya.
Liu dikenakan dimerit dan diarahkan membayar denda sebanyak 50 yuan
(RM30).
Liu cuba berbincang dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu, namun
tiada pegawai yang mahu melayani panggilan telefonnya.
Sementara itu, The Global Times melaporkan saman tersebut telah
dibatalkan dan menjelaskan kamera pengawasan trafik itu akan merakam
gambar pemandu secara automatik jika melakukan kesalahan menyebabkan ia
tersalah sangka tindakan Liu menggaru muka dianggap sedang menggunakan
telefon bimbit.
Sumber: BBC