'Kau curang!' - Suami tembak kepala isteri selepas kantoi berasmara dengan lelaki lain di rumah
Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya berusia 19 tahun selepas
dia pulang ke rumah dan mendapati mangsa berada di atas katil dengan
lelaki lain.
Osmara J. Martinez, ditembak tepat di kepala dalam kejadian yang berlaku
di Tehuantepec, selatan Mexico.
Menurut laporan La Prensa, polis mengesyaki mangsa dibunuh oleh suaminya,
Alfonso E.R, 26, selepas mendapati Osmara melakukan hubungan intim dengan
lelaki lain.
Semasa kejadian, lelaki ketiga itu berjaya melarikan diri tetapi mangsa
yang turut cuba melarikan diri ditembak di lorong kejiranan
mereka.
Beberapa saudara Osmara datang dan cuba menyelamatkannya tetapi gagal dan
mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Osmara berkahwin dengan Alfonso semenjak dia berusia 14 tahun selepas
berhenti sekolah. Pada ketika itu, ibu bapa mangsa tidak bersetuju dengan
perkahwinan mereka.
Polis berjaya menahan suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk
dengan kesan jerut di leher dipercayai cuba membunuh diri.
Sumber: Mirror