'Saya dah tak tahan!' - Tak tahan kena leter, suami belasah isteri dengan kayu besbol sampai mati, bunuh 4 anaknya
Seorang bapa didakwa membunuh isteri dan empat orang anaknya kerana tidak
tahan dengan sikap isterinya yang suka berleter sehingga membuatkan dia
rasa rimas dan tertekan.
Michael Jones, 38, membunuh isterinya, Casei Jones, 32, dengan
menggunakan kayu besbol, sementara empat lagi anaknya berusia antara satu
hingga 10 tahun dicekik atau dilemaskan sehingga mati.
Perbuatan Jones terbongkar selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam
kemalangan di Brantley County, Georgia, pada 18 September lalu yang
membawa kepada penemuan mayat Casei dalam keadaan mereput di dalam
kenderaan itu, selepas polis terhidu bau busuk.
Ketika disoal siasat, Jones berkata dia tidak tahan mendengar isterinya
kerap berleter, menekan dan mengganggunya sejak rumah tangga mereka mula
berantakkan kerana mangsa mengesyaki dia curang.
Marah dengan tuduhan itu, Jones terus mengambil kayu besbol dan memukul
Casei sehingga mati pada 10 Julai. Beberapa minggu kemudian, Jones
membunuh dua anaknya berusia 10 dan 5 tahun dengan cara mencekik dan
melemaskan mangsa dalam tab mandi.
Beberapa hari kemudian, dia nekad untuk menyerah diri kepada pihak
berkuasa, tetapi gagal berbuat demikian dan pulang ke rumah untuk membunuh
dua lagi anaknya berusia 1 dan 2 tahun dengan melemaskan mereka di dalam
tab mandi.
Difahamkan, Jones menyembunyikan mayat kesemua mangsa dalam kereta
sehingga 16 September lalu dia membawa kesemua mayat itu ke Charlton
County untuk ditanam di tepi jalan.
Ketika Jones dalam perjalanan ke Georgia Brantley County untuk menanam
mayat isterinya, kenderaannya terbabit dalam kemalangan yang membawa
kepada penemuan mayat Casei selepas polis terhidu bau busuk yang datang
dari kenderaannya.
Ditanya kenapa empat anaknya turut menjadi mangsa, Jones menjelaskan
kerana keempat-empatnya mempunyai kaitan dengan mangsa yang membuatkan dia
marah.
Ketika disoal siasat, Jones berkata dia kini berasa lebih tenang dalam
tahanan polis.
Sumber: Mirror