[Video] "Melayang-layang Spender Tu Dekat Wiper..", Pemandu Myvi Terlupa Ambil Pakaian Dalam Yang Dijemur Di Wiper
Kebiasaannya, kita biasa nampak kereta di highway yang terlupa untuk
menutup bonet bukan?
Tetapi, kali ini lain pula dengan video yang tular di Twitter apabila
sebuah kereta Perodua Myvi mencuri perhatian ramai gara-gara tertinggal
pakaian dalam wanita yang digantung di wiper kereta.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama Adib, kedengaran si
perakam ketawa mengekek apabila ternampak spender yang tergantung di wiper
kereta Myvi tersebut.
Berdasarkan video berkenaan, kemungkinan si pemandu Myvi terlupa atau tidak
perasan spender itu sudah digantung lama di belakang keretanya.
Video itu secara tidak langsung membuatkan netizen terutamanya kaum
perempuan berasa malu kerana spender itu sudah pastinya milik perempuan dan
ramai menganggap itu kepunyaan isteri si pemandu Myvi.
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih 107.6K views, 2.9K
retweets dan 2.8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat
kejadian itu.
Namun, ada juga yang merasakan si perakam tidak patut ketawakan pemandu
Myvi itu kerana ia telah memalukannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di
Twitter: