[Video] "Sekali Tampar, Bepusing Kepala Hampa..", Viral Wanita Cantik Bertudung Tapi Body 'Sado' Macam Lelaki
Kalau sebut saja pasal body sado, pasti ramai wanita sudah membayangkan
tubuh badan seorang lelaki yang berketak atau berotot besar. Lazimnya, ia
bentuk fizikal biasa bagi individu-individu yang aktif bersukan khususnya
bermain gym.
Di TikTok, kecantikan gadis yang bernama Fara Hana Aziz mendapat perhatian
ramai sehingga menjadi tular. Tetapi berbeza kali ini bukan wajahnya sahaja
menjadi viral. Sebaliknya, dia terlihat memiliki body yang ‘sado’ serta
tegap seperti imej seorang lelaki.
Rupa-rupanya, tubuh badan yang berotot itu adalah hasil dirinya
berkecimpung aktif dalam sukan ragbi secara aktif. Malah Farah juga sering
mengunjungi gim untuk bersenam bersama-sama rakan yang lain bagi mengekalkan
kecergasannya sebagai atlet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perkongsian
daripada Farah. Selain tidak menyangka gadis berkenaan mampu memiliki body
seperti itu, ramai juga yang berseloroh konon takut untuk bergelar suaminya
kerana bimbang diapa-apakan. Secara keseluruhannya, video tersebut telah
meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.