"Bodoh! Nafsu Jenis Apa Kau Ni..", Gagal Merogol Wanita Warga Emas, Suspek Hanya Buang Air M**i Atas Tilam & Samun RM500
Seorang wanita warga emas nyaris dirogol lelaki warga asing yang memecah
masuk rumahnya, semalam, Selasa, 26 April 2021 dalam kejadian di Taman
Skudai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar
berkata, jam 3.30 pagi, mangsa berusia 65 tahun tersedar dari tidur selepas
terdengar bunyi orang membuka tingkap biliknya.
Menurut suri rumah berkenaan, suspek adalah lelaki warga asing berkulit
gelap, tidak berpakaian dan hanya memakai seluar dalam. Suspek berdiri di
hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa mendiamkan diri dan menanggalkan pakaian
kerana suspek mahu merogolnya. Mangsa yang takut dan bimbang diapa-apakan
terpaksa akur.
Suspek cuba merogol mangsa, tetapi gagal berbuat demikian. Suspek hanya
mengeluarkan air mani di atas tilam mangsa.
Selain itu, suspek dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak
RM500, sebelum keluar dari bilik itu.
Berdasarkan maklumat dan risikan yang diperolehi, polis menahan seorang
suspek lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun dan dua lelaki warga Myanmar
berusia 21 dan 26 tahun pada jam 2.30 petang, Selasa.
Dua suspek warga Myanmar itu ditahan kerana cuba melarikan diri dan
dipercayai bersubahat dengan suspek utama untuk melakukan perbuatan terkutuk
itu.
Turut dirampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan dalam
kejadian itu seperti sebatang besi, besi pengumpil, sehelai boxer kelabu dan
sebuah telefon bimbit.
Semua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu dibawa ke Mahkamah Johor
Bahru untuk mendapatkan permohonan tahanan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Sumber: Kenyataan Media IPD Iskandar Puteri