'Yakinnya kamu!' - Lelaki ini mendakwa kentutnya boleh membunuh nyamuk serta-merta
Seorang lelaki berusia 48 tahun di Uganda mendakwa kentutnya mampu
membunuh nyamuk yang berada di sekitarnya dalam radius enam meter
serta-merta.
Menurut Joe Rwamirama dari Kampala yang bekerja sebagai pendandan rambut,
dia tidak pernah kentut sesuka hati di tempat awam. Sebaliknya dia hanya
berbuat demikian selepas dijemput datang ke beberapa kampung oleh ketua
kampung tersebut semasa tercetusnya wabak malaria.
Perkara itu menarik perhatian ahli saintis yang kini sedang mengkaji gas
perutnya untuk mencari 'serum askar' agar mereka boleh membangunkan
senjata biologi untuk menghapuskan nyamuk.
Dua buah syarikat yang menghasilkan racun nyamuk juga memberi bayaran
kepada Joe agar mereka dapat mengkaji gas kentutnya untuk ditukarkan
menjadi produk racun nyamuk.
Malah ketika Joe masih kanak-kanak, seorang tukang masak tempatan selalu
mengajaknya tinggal bersama semasa wabak malaria menular agar tiada nyamuk
yang mendekati mereka. Joe sendiri juga tidak pernah digigit nyamuk apatah
lagi merasa gigitan serangga itu.
"Saya makan makanan biasa sama seperti orang lain tetapi tiada seekor pun
serangga yang hinggap di badan saya, termasuklah lalat. Bau badan saya
juga biasa dan saya mandi setiap hari. Kentut pun macam biasa juga dan
hanya berbahaya kepada serangga kecil seperti nyamuk," kata
Joe.
Sumber: Talk of Naija