'Belikanlah seluar dalam tu untuk Ayang' - Gadis m4ti ditik4m kerana desak teman lelaki beli seluar dalam
Hanya kerana seluar dalam, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai NS
di Cimahi, Jawat Barat, Indonesia, tergamak menikam kekasihnya, YY, 29,
sehingga mati. Turut menjadi mangsa, anak saudaranya berusia 4 tahun juga
ditikam di bahagian perut dan kini sedang dirawat di hospital.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam 15 Disember,
sebaik saja mangsa bersama keluarganya baru pulang dari gereja. Mangsa
berada di dalam kenderaan bersama keluarga kakak ipar dan dua anak
saudaranya yang masih kecil.
Ketika turun dari kereta sambil mengendong anak saudaranya, suspek terus
datang dan menikam YY menggunakan senjata tajam yang dipercayai pisau
lipat.
Suspek dipercayai sudah lama menunggu suspek pulang ke rumah.
Mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan
parah. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis siasatan.
Ketua Polis Daerah Cimahi, Yoris Maulana berkata, pasangan itu terdahulu
bertengkar selepas mangsa meminta suspek membelikan seluar dalam
untuknya.
"Tetapi suspek menolak kerana tidak mempunyai wang. Namun mangsa terus
mendesak suspek membelikannya untuknya melalui kedai online,"
katanya.
Selepas insiden itu, suspek yang bekerja sebagai penunggang ojek datang
ke rumah YY dan mendapati teman wanitanya itu tiada di rumah. Lalu dia
meninggalkan nota di pintu rumah dengan kata-kata bahawa dia mengesyaki YY
keluar dengan lelaki lain tanpa mengetahui YY sebenarnya pergi ke
gereja.
"Tak apa, pergilah keluar dengan lelaki lain sampai puas. Aku ajak jalan,
tak nak..."
Pada jam 10 malam, suspek melihat kereta Toyota Avanza masuk ke kawasan
perumahan dan oleh kerana curiga, suspek mengekori kereta itu dan sampai
di tempat kejadian, mangsa keluar dari kereta sambil mendukung anak
saudaranya.
Suspek bengang dan terus mengejar mangsa dan menikam bahagian pinggangnya
berulang kali.
Difahamkan, suspek dan mangsa sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun
tetapi hubungan mereka tidak begitu baik.
Sehingga kini polis masih menyiasat kes itu.
Sumber: Sosok