Gagal tunai manifesto, penduduk ikat & botakkan kepala ahli politik
Gagal tunai janji naik taraf jaringan jalan sepanjang 2 kilometer di di
pekan kecil La Laguna, penduduk ikat Datuk Bandar di sebatang
tiang.
Dalam kejadian yang berlaku di Chiapas, Mexico, Datuk Bandar Siltepec,
Pedro Damian Gonzalez Arriaga sebelum itu melawan pekan
tersebut.
Difahamkan, Pedro pada kempen pilihan raya lalu pernah menaburkan janji
tersebut dan pada lawatannya itu, penduduk mendesak supaya wang dalam
tabung khas diperuntukkan untuk menaik taraf jaringan jalan raya sepanjang
2 kilometer.
Namun, Pedro memberikan alasan bahawa cadangan itu hanya akan menyebabkan
berlaku ketidakseimbangan dalam bajet perbandaran. Malah dia memaklumkan
kerja-kerja menaik taraf itu hanya membabitkan jalan raya sepanjang satu
kilometer dan berjanji akan mencari peruntukkan tambahan bagi memenuhi
permintaan penduduk.
Berang dengan jawapan Pedro dan merasakan diri mereka ditipu, penduduk
mengikatnya pada sebatang tiang besi di dataran utama Siltepec. Kepalanya
turut dibotakkan.
Bukan itu sahaja, malah penduduk juga mendakwat Pedro gagal memperbaiki
sistem pengangkutan awam serta beberapa projek berkepentingan
awam.
Pedro juga dituduh menggunakan dana awam untuk menghias
pejabatnya.
Sumber: Mexico News, Sinar Harian