Budak dibelasah sampai mati oleh ibu tirinya kerana makan terlalu 'SLOW'
Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Shandong, China, dibelasah ibu
tirinya sehingga mati dengan menggunakan batang besi selama sejam kerana
makan terlalu perlahan.
Terdapat kesan lebam pada badan mangsa dan dihantar ke hospital oleh
bapanya sebelum doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal
dunia.
Mangsa yang dikenali sebagai Guo Mou, sebelum itu sedang makan tengah
hari bersama keluarganya apabila suspek berkata, "Kalau kau makan terlalu
slow, aku pukul kau".
Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik dan menutup pintu lalu memukul
mangsa dengan batang besi.
Bapa mangsa berada di luar bilik kerana terlalu takut mencampuri urusan
isterinya kerana dia sebelum ini juga pernah didera secara fizikal dari
suspek.
Apabila dia membuka pintu, mangsa sudah terkulai layu dengan beberapa
kecederaan di badannya. Berang melihat keadaan mangsa, si bapa bertengkar
dengan suspek.
Dia kemudian keluar untuk merokok bagi menenangkan dirinya. Selesai
merokok, si bapa masuk ke dalam rumah merayu agar dia dibenarkan
menghantar anaknya ke hospital. Tetapi suspek menolak sehinggalah dia
melihat sendiri keadaan mangsa yang sangat kritikal.
Si bapa segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Malangnya doktor disahkan meninggal dunia selepas 10 minit
kemudian.
Difahamkan, ibu bapa kandung mangsa bercerai ketika dia berusia dua
bulan. Risau anaknya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia berkahwin
dengan suspek.
Kematian mangsa itu juga membongkarkan bahawa suspek mempunyai sejarah
melakukan penderaan.
Bapa Guo berkata, isterinya kerapa memukul Guo atas kesalahan-kesalahan
remeh tetapi tidak pernah sampai ke tahap seperti itu.
Suspek ditahan untuk soal siasat dan kes masih dalam
siasatan.
Sumber: China Press, World of Buzz