Lelaki batal majlis perkahwinan selepas tengok muka bakal isteri tak sama macam dalam gambar
Musnah impian seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita
idamannya apabila dia mendapati wajah wanita itu sebenarnya tidak sama
dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya.
Yusuf, warga Indonesia yang bekerja di Korea Selatan mengenali wanita itu
melalui Facebook dan seringkali berhubung melalui media sosial walaupun
tidak pernah bersemuka.
Yusuf juga pernah membuat panggilan video, tetapi wanita itu selalu
menutup mukanya dengan cadar. Sehinggalah satu hari Yusuf mengambil
keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan wanita itu.
Tetapi wanita itu memberikan syarat, jika Yusuf mahu menjadikannya
sebagai teman wanita, Yusuf perlu menikahinya terlebih dahulu. Lalu Yusuf
pun bersetuju dan pergi ke Taiwan untuk berjumpa dengan wanita
berkenaan.
Malang buat Yusuf apabila dia mendapati wajah wanita itu tidak sama
dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya selama ini. Wanita yang
berada di depan matanya itu ternyata lebih tua berbanding yang disangkanya
muda selama ini.
Bukan sahaja terkejut, malah Yusuf berasa tertipu lalu mengambil
keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea
Selatan dengan penuh kehampaan dan kekecewaan.
Insiden yang menimpa Yusuf itu juga viral di media sosial selepas dia
sendiri berkongsi mengenai pengalaman traumanya itu.
Dalam pada itu juga, Yusuf mengalami kerugian sebanyak RM2,948, wang yang
dipinta oleh wanita itu sebagai persediaan mahjlis perkahwinan
mereka.
"Ya saya kecewa dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya,"
katanya.
Setelah diselidik, rupanya wanita itu menggunakan gambar seorang gadis
bernama Intan.
Menurut Intan yang tampil memberi penjelasan, gambarnya selalu dicuri dan
disalahgunakan sejak dari dulu lagi.
"Padahal gambar-gambar itu saya sudah buang dari Instagram. Itu
gambar-gambar saya di zaman kuliah," kata Intan.
Sumber: Harian Metro, Surabaya Tribun News