Anak tercekik mainan, ibu sedut keluar guna mulut dan turut tercekik sama
Seorang bayi perempuan berusia setahun dari Zhuhai, Guangdong, China,
tertelan mainan blok berbentuk T dan tersangkut di
kerongkongnya.
Ibunya yang melihat kejadian itu mendapat idea bagaimana mahu
mengeluarkan mainan itu dengan menyedut objek itu dari mulut bayinya, lalu
dia pun melakukan prosedur dari mulut ke mulut itu.
Bagaimanapun, si ibu menyedut terlalu kuat sehingga menyebabkan objek itu
tersangkut pula di kerongkongnya sendiri yang menyebabkan dia mula batuk
dan mengalami sesak nafas.
Mujur si ibu sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan di mana
doktor berjaya mengeluarkan objek itu menggunakan bronchoscope dalam
tempoh setengah jam.
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz