Budak 8 tahun minum bubble tea setiap hari disahkan hidap kanser & meninggal dunia
Seorang bapa yang juga bekerja sebagai Chef sangat menyayangi anak
perempuan dan selalu membawa pulang makanan untuk anaknya itu.
Sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun, si bapa selalu membawa pulang
makanan manis dan bubble tea untuk anaknya selepas habis waktu
bekerja.
Beberapa tahun kemudian, kanak-kanak terbabit mengalami masalah berat
badan akibat pengambilan makanan manis dan Januari tahun ini, dia berusia
lapan tahun dan mula mengadu sakit perut.
Masalah sakit perutnya menjadi sangat serius sehingga menyebabkan dia
hilang berat badan yang ketara dalam masa beberapa hari.
Bimbang dengan keadaan itu, kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital oleh
ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan.
Doktor mengesahkan hati dan buah pinggangnya telah rosak. Malah disahkan
menghidap kanser buah pinggang.
Doktor menyoal ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan mendapati kekerapan si
bapa yang selalu memberi makanan manis kepada anaknya menjadi punca dia
menghidap masalah kesihatan.
"Dia beri makanan manis yang terlalu banyak sehingga menjejaskan buah
pinggang anaknya, terutamanya apabila dia membiasakan anaknya dengan
pengambilan makanan/minuman manis setiap hari," kata doktor
berkenaan.
Mendengar penjelasan doktor itu, si bapa kecewa dan menyesal.
'Ini semua salah saya, saya yang menyebabkan dia sakit," kata lelaki
itu.
Kanak-kanak perempuan itu tidak memberi respon yang positif pada rawatan
dan selepas 30 hari kemudian, dia disahkan meninggal dunia.
Sumber: Seehua, World of Buzz