Bapa rogol anak dibelasah banduan lain yang benci dengan perbuatannya
Seorang lelaki di Indonesia baru-baru ini ditahan kerana didakwa merogol
anak perempuannya kira-kira 50 kali sejak 2015.
Kali terakhir mangsa dirogol ketika suspek, Sugeng Slamet, menyewa bilik
di sebuah hotel untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Bagaimanapun, mangsa berjaya meloloskan diri dari lelaki durjana itu lalu
segera membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan
suspek.
Ketika ditahan polis, suspek mengaku dia gemar menonton video lucah yang
membuatkan nafsunya tidak terkawal dan akhirnya menjadikan anak
perempuannya sendiri hasil dari perkahwinan keduanya, sebagai tempat untuk
melampias nafsu.
Difahamkan, Sugeng pernah berkahwin dengan empat orang wanita dan kesemua
perkahwinannya itu terkandas di tengah jalan.
Sugeng dijatuhkan hukuman penjara dan ketika berada di penjara, beberapa
rakan banduan mengetahui punca Sugeng dipenjarakan.
Banduan yang terdiri dari pencuri motosikal dan terlibat dalam keganasan
tidak menggemari banduan yang merogol darah daging sendiri, bertindak
membelasah Sugeng selama beberapa jam.
Sugeng mengalami kecederaan dan pihak penjara terpaksa memindahkan dia ke
bilik tahanan yang lain.
Sumber: Coconut Jakarta