Kalah judi, lelaki izinkan saudara dan rakan puaskan nafsu dengan isterinya
Seorang lelaki di India tergamak mempertaruhkan isterinya sendiri ketika
berjudi dan apabila tewas, dia memberi keizinan untuk rakan dan saudara
maranya merogol mangsa.
Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tinggal berdekatan dengan
Balai Polis Zafarabad di Jaunpur, Uttar Pradesh, India, mendakwa suami
berada di pengaruh alkohol pada hari kejadian dan rakannya, Arun serta
saudaranya, Anil, kerap datang ke rumah mereka.
Menurut laporan media tempatan, selepas kejadian itu mangsa terus pergi
ke rumah bapa saudaranya. Namun si suami mengekorinya dan cuba memujuk
mangsa serta mengakui kesilapannya.
Mangsa bersetuju untuk pulang semula ke rumah selepas mendengar
permohonan maaf dari lelaki itu. Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang
ke rumah, si suami memberhentikan kenderaannya di satu tempat dan
mengizinkan rakan-rakannya sekali lagi memperkosa mangsa.
Pada awalnya, polis enggan menerima laporan polis yang dibuat mangsa,
tetapi akhirnya terpaksa juga menerima setelah mangsa membawa perkara itu
ke mahkamah.
Sumber: Daily Mail