(Video) Bayi hidap cerebral palsy dibuang di tepi jalan
Klip video penemuan bayi itu tular di media sosial dan difahamkan mangsa
berusia setahun lebih itu ditemui di tepi Jalan Huiwu dan bandar Huixan,
Henan pada 31 Julai.
Ibu bapanya dipercayai sudah berputus asa menjaga mangsa yang menghidap
cerebral palsy.
Pegawai Polis dari Balai Polis Huqiao menerima panggilan dari orang awam
yang memaklumkan penemuan mangsa.
Mangsa dibawa ke Hospital Huixian untuk menjalani pemeriksaan kesihatan
dan doktor mengesahkan mangsa menghidap cerebral palsy dan dipercayai
dibuang kerana keadaannya itu.
Sehingga kini, tiada sesiapa yang datang menuntut kanak-kanak itu dan
mangsa diserahkan kepada badan kebajikan daerah itu sementara polis
melakukan siasatan.
Sekiranya ibu bapanya ditemui, mereka berdepan dengan dakwaan membuang
anak.
Setiap tahun, kira-kira 100,000 kanak-kanak dibuang di China kerana
menghidap penyakit atau kurang upaya.
Sumber: Daily Mail