(Video) 'Saya panik & tak nak BF tahu' - Remaja campak bayinya dari tingkat 3 selepas tuang r4cun dalam mulut mangsa
Video dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang dicampak
itu terjatuh di tempat pembuangan tong sampah di sebuah flat di
Nonthaburi, Thailand, pada 23 Julai lalu.
Mangsa ditemui oleh jiran yang kemudian segera menghantarnya ke hospital
tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari kemudian kerana
mengalami kecederaan parah.
Siasatan yang dilakukan pada video CCTV mendapati suspek membuang
bungkusan berwarna hitam yang mengandung bayinya dari tingkat
tiga.
Suspek, Aom, berusia 18 tahun ditahan pada Selasa lalu bersama teman
lelakinya, Jay, 23, yang melarikan diri ke kawasan
berhampiran.
Pasangan itu dibawa semula ke tempat kejadian di mana suspek diminta
melakonkan semula perbuatan kejamnya itu.
Suspek panik selepas melahirkan mangsa dan mahu menyembunyikan bayi itu
dari teman lelakinya yang buka bapa kepada mangsa.
"Saya pergi ke tandas selepas saya rasa sakit perut dan bayi keluar
selepas itu dan saya terus panik.
"Saya tidak mahu teman lelaki saya tahu mengenainya, jadi saya tuang
cecair pencuci saluran paip ke muka dan mulutnya sebelum dicampak keluar.
Kemudian saya bersihkan kesan-kesan darah di tandas.
Sementara itu, teman lelaki suspek menafikan terlibat dalam kejadian
tersebut, tetap direman yang tidak percaya dengan keterangannya
itu.
"Dia cuma mengarahkan saya membeli tuala wanita dan jangan ganggu dia
pada hari kejadian.
"Selepas saya pulang, bilik dalam keadaan bersih dan saya tidak
mencurigai apa-apa," kata teman lelaki suspek.
Kedua-dua suspek tidak dibenarkan diikat jamin. Suspek utama mengaku
bersalah di atas semua pertuduhan tetapi teman lelakinya masih bertegas
dia tidak terlibat mahupun bersuhabat membantu teman wanitanya
itu.
Meskipun begitu, pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan terhadap
lelaki itu yang dipercayai terlibat.
Sumber: Daily Mail