Gagal tunai janji pilihan raya, datuk bandar dipaksa pakai pakaian wanita & diarak keliling bandar
Gagal tunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya, seorang Datuk
Bandar di selatan Mexico dipaksa memakai pakaian wanita oleh penduduk yang
berang.
Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih
bercorak bunga itu turut dirakam dan disebarkan di media
sosial.
Tidak terkecuali, pembantunya, Luis Ton juga menerima nasib yang sama di
mana dia dipaksa memakai gaun berwarna merah jambu.
Kedua-duanya diarak mengelilingi San Andres Puerto Rico, wilayah Huixtan
selama beberapa hari kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954)
untuk kos penambahbaikan sistem pengairan bandar itu.
Ketika ditemui media, Jimenez berkata dia telah mencuba menunaikan
janji-janji itu tetapi tidak mempunyai wang di pejabatnya kerana ia telah
diagihkan kepada beberapa majlis perbandaran.
Selain itu, Jimenez menegaskan dirinya tidak bersalah dan bersedia
memberi kerjasama sekiranya pihak polis mahu menjalankan siasatan
terhadapnya.
Sumber: Astro Awani