(Video) 'Buka pintu ni perempuan sundal!' - Isteri cekup suami keluar dengan perempuan simpanan
Klip video rakaman kejadian di Nanjing, China itu menunjukkan si isteri
yang berang melompat ke atas bonet kereta hitam jenama Audi milik suaminya
selepas mendapati lelaki itu keluar bersama perempuan simpanannya.
Berdasarkan klip video tidak bertarikh itu, si suami cuba meneruskan
pemanduan di jalan yang sibuk itu, sementara isterinya tetap duduk di
bonet depan dan memukul cermin kereta sehingga pecah.
Si isteri juga berulang kali menjerit, "Buka pintu! Keluar dari kereta!
Tangkap perempuan sundal tu!"
Namun jeritannya itu tidak diendahkan oleh suami dan terus memandu
biarpun kejadian itu disaksikan oleh orang ramai.
"Perempuan sundal! Kau keluar!!!" jerit si isteri.
"Abang kata abang nak beli rumah untuk saya! Baru semalam kita cari rumah
bersama. Hari ini abang bersama dengan perempuan lain!!"
Dalam klip video itu juga menunjukkan si isteri sempat menarik rambut
perempuan itu dan langsung tidak mahu melepaskannya walaupun seketika. Si
suami cuba menghalang, tetapi tidak berdaya berbuat demikian.
Lapor Shanghaiist, pasangan suami isteri berkenaan telah lama mendirikan
rumah tangga. Selepas berjaya membuka perniagaan bersama, si suami yang
sudah kaya mencari pula perempuan lain untuk dijadikan perempuan
simpanan.
Susulan viral klip video kejadian itu, netizen di China muka menyiasat
dan mencari maklumat mengenai perempuan muda itu termasuk akaun WeChat,
nombor telefonnya yang kemudian didedahkan di media sosial.