Bapa rotan anak lebih 100 kali kerana mencuri duit RM4,200
Berdasarkan klip video viral yang didakwa berlaku di wilayah Jiangsu, si
bapa dilihat merotan bahagian belakang badan dan punggung anak lelakinya
dengan buluh.
Lapor Sina News, remaja lelaki itu dihukum kerana mencuri duit sebanyak
7,000 Yuan (RM4,200) dan menghabiskan wang itu dengan rakannya dalam
tempoh lapan hari.
"Bukan senang nak dapat duit sebanyak itu! Duit itu bukannya jatuh dari
langit! Susah ayah nak kumpul!" kata si bapa ketika merotan
anaknya.
Video berdurasi empat minit itu dirakam oleh ibunya yang kemudian memuat
naik ke media sosial dengan tujuan memberi pengajaran kepada remaja di
luar sana.
Si bapa kemudian berjalan ke arah dinding dan menangis dipercayai sedih
serta terkilan dengan tindakan anaknya yang melakukan perbuatan terkutuk
itu.
Menurut netizen, remaja itu dirotan lebih dari 100 kali.
Meskipun ia bertujuan memberi pengajaran, ada segelintir netizen mengecam
tindakan pasangan itu keterlaluan.
"Ini sudah melampau. Bagaimana budak itu nak berdepan dengan guru dan
rakan-rakan sekolahnya selepas ini? Dia bukannya budak kecil untuk
diperlakukan seperti itu.
"Ada tak yang berpendapat bahawa video ini perlu dibuang? Apa tanggapan
kanak-kanak terhadap orang dewasa di kemudian hari?" kata
netizen.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Tidak kurang juga bersimpati dengan si bapa, tetapi mempersoalkan
tindakan si ibu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
"Apabila dia merotan anaknya bertalu-talu, saya dapat rasanya ia tidak
terlalu kuat. Dia tahu apa yang dia lakukan.
"Dia (bapa) menunggu seseorang untuk menghalangnya dari terus merotan
anaknya. Selepas dihalang, ia bukan lagi disebabkan 7,000 Yuan. Dia
menangis selepas sedar, "Saya baru saja merotan anak saya.". Saya
seorang bapa dan saya faham apa yang dia rasa.
"Keluarga ini menangis, anak mereka telah melakukan kesalahan yang
serius. Apa yang saya tidak faham, mengapa si ibu kongsikan video ini
kepada umum." kata netizen.
Di bawah undang-undang China, remaja terbabit tidak didakwa melakukan
kesalahan sekiranya dia di bawah usia 16 tahun, kata Pendakwa Raya Li Ling
di Taixing People's Procuratorate. Namun bapanya boleh didakwa atas
kesalahan melakukan keganasan domestik.