Jururawat racun 20 pesakit agar mereka m4ti ketika dia tidak bertugas
Ayumi Kuboki, yang pernah bertugas di Hospital Oguchi di Yokohama didakwa
meracuni pesakit-pesakit warga emas dengan menyuntik bahan disinfektan
atau nyahjangkit ke dalam titisan cecair intravena agar mereka tidak
meninggal dunia ketika dia sedang bertugas.
Tertuduh yang berusia 31 tahun itu dalam keterangannya kepada polis
mengakui dia berbuat demikian agar mangsa-mangsanya mati di sewaktu
jururawat lain bertugas.
Kata Ayumi, dia tidak mahu menjadi individu yang memaklumkan kematian
pesakit kepada waris dan menganggap perkara itu sesuatu yang
menyusahkannya.
"Ia akan menjadi satu masalah jika tanggungjawab itu diserahkan kepada
saya," kata Ayumi ketika di siasat polis Jun lalu, seminggu selepas dia
meletak jawatan dari hospital berkenaan.
Kertas siasatan mula dibuka selepas seorang jururawat menyedari terdapat
buih dalam 'IV drip bag' seorang pesakit berusia 88 tahun, Nobuo Yamaki
yang meninggal dunia pada September 2016.
Apabila doktor memeriksa darah Yamaki mengandungi bahan disinfektan.
Kemudian, bahan yang sama ditemui dalam badan seorang lagi pesakit berusia
88 tahun bernama Sozo Nishikawa selepas bedah siasat dilakukan, pesakit
yang berkongsi bilik dengan Yamaki sebelum dilaporkan meninggal
dunia.
Pihak berkuasa juga menemui 10 IV drip bag yang belum digunakan dan
dicemari dengan bahan tersebut di stesen kerja Ayumi di mana terdapat satu
lubang halus yang ditebuk untuk dicampurkan dengan bahan
tersebut.
Ketika memeriksa kesemua pakaian seragam yang dipakai oleh semua
jururawat yang bertguas menjaga pesakit di tingkat di mana kejadian itu
beraku, penyiasat menemui bahan tersebut di dalam poket seragam yang
dipakai oleh Ayumi.
Related:
Bagaimanapun, polis meragui dakwaannya itu kerana ada sesetengah pesakit
yang diracuninya itu tidak sakit teruk seperti yang didakwa.
Ayumi yang dikenali sebagai pekerja yang pendiam menjadi jururawat sejak
2008 dan mula bekerja di Hospital Oguchi pada 2015.
Pada 2016, kejadian seperti itu berlaku di tingkat empat di tempat Ayumi
bertugas. Beberapa jururawat melaporkan pakaian seragam mereka dikoyak dan
terdapat kesan tumpahan minuman serta kesan cecair yang tidak
diketahui.