Lelaki berusia 50 tahun maut ditimpa 6 tan koleksi majalah luc4h
JEPUN - Seorang lelaki yang memiliki enam tan koleksi majalah lucah maut
ditimpa koleksinya itu, lapor Mirror.
Mayat mangsa berusia 50 tahun itu hanya ditemui di bawah timbunan majalah
lucah itu setelah enam bulan kemudian apabila tuan tanah bangunan flat itu
datang memeriksa mengapa penyewanya itu tidak membayar sewa
rumah.
Kematian mangsa itu didedahkan salah seorang tukang pembersihan yang mana
syarikatnya telah diberikan tugas untuk membuang dan menghapuskan
majalah-majalah berkenaan agar tidak disedari oleh jiran-jiran berhampiran
dan juga bagi menutup aib keluarga mangsa.
Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Joji, bekas pembuat kereta, ditemui
mati di bawah timbunan majalah berkenaan.
"Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa meninggal dunia akibat serangan
penyakit jantung, atau terjatuh ke timbunan koleksi majalahnya atau
ditimpa majalah tersebut.
"Hampir keseluruhan rumahnya dipenuhi dengan majalah itu. Di atas meja,
di rak buku dan di mana-mana sahaja.
"Terdapat juga keratan gambar dari sebahagian majalah yang digemari
mangsa dan majalah utamanya dibuang," Katanya.