Malu lahir anak luar nikah, gadis s3mb3lih bayi sebelum bu4ng ke sungai
LOMBOK, INDONESIA - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang
mengerikan oleh penduduk Kampung Batu Tapel Dusun Bati Rurung Desa
Barejulat Kecamatan Jonggat Lombok Tengah, Sabtu lalu, lapor Kick News Today.
Menurut Inaq Munirim, 40, berkata, dia pada awalnya ternampak sebuah
kotak yang tersangkut di sungai kecil berhampiran pada jam 6 petang, lalu
memeriksa isi kandungan di dalamnya.
|
"Saya ternampak kotak itu lalu mengambilnya. Bila diperiksa, rupa-rupanya
ada mayat seorang bayi lelaki dibalut dengan kain yang masih bertali pusat
dan ada uri di dalamnya," katanya.
Terkejut dengan penemuan itu, Munirim kemudian memaklumkan kepada Amaq
Janah, 60, dan kemudian membawa mayat mangsa ke rumah seorang lagi kenalan
mereka, Serok, 45, sebelum dilaporkan kepada polis.
"Terdapat kesan luka di leher mangsa (7 cm) seperti disembelih dan
bahagian perut kanannya juga dirobek (10 cm dan 7 cm) sehingga ternampak
isi dalam perut," kata Janah.
Penduduk kampung kemudian cuba menjejak dari mana mayat mangsa dibuang
dan menemui kesan darah di seketikar hulur sungai, dipercayai tempat bayi
itu dibuang dan dihanyutkan sejauh 1 kilometer ke Kampung Batu
Tapel.
Selain itu, satu sandal berwarna biru yang dipenuhi darah juga
ditemui.
Kurang dari 24 jam kemudian, polis menahan seorang suspek wanita yang
dipercayai ibu kepada bayi berkenaan, hasil dari maklumat orang
awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lombok Tengah, AKP Arjuna berkata, pada
awalnya suspek turut serta menyaksikan pertemuan mayat bayinya sendiri.
Polis yang curiga melihat gerak gerinya yang kelihatan pucat seolah-olah
baru melahirkan anak. Malah suspek sempat bertanya soalan bagaimana cara
polis mengesan pelakunya.
Polis kemudian bertanya beberapa soalan terhadap wanita itu dan akhirnya
dia terperangkap lalu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
|
Dalam keterangannya, suspek mengaku melahir mangsa di dalam bilik mandi.
Namun dalam keadaan panik dan enggan menanggung malu, suspek telah
mengambil sabit dan mengerat mangsa sehingga maut dan dimasukkan dalam
guni sebelum membuangnya ke dalam sungai.
Suspek yang belum berkahwin itu juga turut mendedahkan identiti teman
lelakinya selain turut mengakui dia terpaksa berbuat demikian kerana
lelaki itu enggan bertanggungjawab selepas membuatnya hamil.
Ketika memberikan keterangan, suspek sempat pengsan seketika di Unit
Perlindungan perempuan dan Anak yang kemudian diberikan rawatan untuk
memulihkan keadaannya.
Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki suspek untuk membantu
siasatan.