'Saya kerat dan campak anu dia ke luar tingkap' - Isteri kerat alat sulit suami disyaki curang
Karuna Sanusan, 24, memberitahu polis bahawa dia sebelum itu mengejutkan
suaminya, Siripan, 40, dari tidur dan terus menyerang dan mengerat alat
sulit mangsa dengan sebilah pisau berukuran 12 inci panjang, dalam
kejadian di kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.
Karuna kemudian mencampak keluar alat sulit mangsa keluar dari tingkap
bilik, sementara Siripan ditinggalkan dalam keadaan kesakitan dan
mengalami pendarahan teruk. Jiran-jiran yang mendengar jeritan mangsa
kemudian menghubungi polis yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 pagi
semalam.
Alat sulit mangsa juga diambil dan disimpan dalam kotak ais untuk
disambung semula. Namun, paramedik berkata usaha itu mungkin tidak akan
berhasil.
Siripan dikejarkan ke Hospital Samitivej Sriracha, manakala Karuna telah
ditahan dan didakwa melakukan jenayah itu.
Ketika disoal siasat, Karuna yang berasal dari Kemboja, duduk dan
kelihatan tenang sahaja.
Dia memberitahu pegawai penyiasat yang baru-baru ini dia mendapati
suaminya keluar dengan perempuan lain dan merancang untuk membalas dendam
dengan mengerat alat sulitnya.
"Saya dan suami bekerja bersama menjual sayur-sayuran organik di sebuah
gerai. Sebelum kejadian ini berlaku, saya berasa curiga dan berasa dia ada
hubungan sulit dengan perempuan lain. Saya selalu ternampak dia mengatal
dengan ramai perempuan.
"Kemudian saya mendapati dia secara diam-diam keluar dengan perempuan
lain dan ini membuatkan saya berasa marah. Saya terlalu marah dan tak
dapat menerima apa yang dia lakukan.
"Jadi, saya pun buat rancangan ini. Saya kejutkan dia dari tidur dan
ketika dia berada dalam keadaan mamai, saya gunakan pisau untuk mengerat
alat sulitnya dan lempar keluar dari tingkap," katanya.
Timbalan Ketua Polis Sriracha, Kolonel Somkid Boonlert berkata,
pegawainya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian
itu.
"Polis tiba bersama dengan paramedik dan mendapati mangsa dalam keadaan
cedera parah di bahagian alat sulitnya.
"Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan bekerja sebagai penjual
sayur dan suspek mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan
perempuan lain dan disebabkan itu suspek merancang untuk membalas dendam,"
katanya.
"Mangsa kehilangan banyak darah dan dia kini di bawah pemantauan pihak
hospital. Dia tidak akan dapat lagi menggunakan alat sulitnya seperti
normal.
"Menurut doktor sel-sel dalam alat sulitnya telah mati dan terpisah dari
badannya untuk jangka masa yang terlalu lama dan menyebabkan mangsa
mengalami kecacatan seumur hidupnya.
"Suspek telah ditahan reman untuk siasatan dan dihalang dari mendekati
suaminya. Suspek akan didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang,"
katanya.