Kanak-kanak dip3rkos4 sebelum dibvnvh & ditanam dalam lumpur
PAPUA BARAT, INDONESIA - Warga bandar Sorong digemparkan dengan penemuan
mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Kasia Mamangsa dalam lumpur,
jam 2.30 petang Selasa.
Mangsa yang berusia 4 tahun itu ditemui ditanam dalam lumpur dengan
keadaan tangan diikat, dipercayai diperkosa sebelum dibunuh, berdasarkan
penemuan darah di sekitar kemaluan mangsa.
Mayat mangsa kemudian dari sungai berlumpur itu sebelum dihantar ke
Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.
Terdahulu, ibu mangsa, Yuli, juga berusaha mencari anak kecilnya itu,
namun gagal menemui mangsa. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat
melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke lumpur berkenaan, menjadi
petunjuk utama dalam siasatan tersebut.
|
|
Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga remaja lelaki yang
dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu. Kesemua suspek yang
ditahan adalah merupakan jiran mangsa.
|
Menurut saksi, ketiga-tiga suspek sebelum itu baru selesai berpesta dan
dilihat membawa seorang kanak-kanak kecil di sekitar bandar, tidak
beberapa jauh dari rumah mangsa sebelum gerakan mencari dilakukan.
Polis terpaksa mengenakan kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini dari ahli keluarga mangsa.