Budak 2 tahun m4ti ditik4m 28 kali oleh ibunya sendiri
MEDAN, INDONESIA - Seorang ibu berusia 32 tahun tergamak menikam anaknya
28 kali sehingga mati, Jumaat lalu.
Dalam kejadian di sebuah kediaman di Jalan Besar Delitua, suspek, Pretty
Juliana Ningsih Hasibuan, 32, telah menikam badan anaknya, M Altahir, 2,
sebanyak 28 kali dengan dua pisau dapur.
Lapor portal berita tempatan, Pretty tinggal bersama abang kandungnya
sejak 12 tahun lalu dan mengalami kemurungan kerana ditinggalkan
suaminya.
"Dia mengalami kemurungan sejak ditinggalkan suaminya dan tinggal bersama
kami. Kami sudah selalu membawa dia berubat," kata Melisa, kakak ipar
Pretty.
Menurut jiran berdekatan, Dewi, berkata, pada hari kejadian dia ternampak
dua anak Melisa iaitu Jafa dan Radit berlari keluar dari rumah sambil
menangis dan meminta tolong. Lalu Dewi segera bertanya apa yang berlaku.
Namun kedua anak kecil itu kelihatan takut.
"Bila saya masuk ke rumah, saya lihat mangsa sudah mati dengan ususnya
terburai. Seluruh badan mangsa penuh dengan kesan tikaman dan paling
banyak di bahagian perut selain ususnya terkeluar sepanjang satu meter,"
kata Dewi.
Foto - Netizen |
Kesan tikaman di dada mangsa | Foto - Netizen |
Senjata yang digunakan oleh Pretty untuk menikam anaknya | Foto - Netizen |
Lapor sumber, Pretty nekad bertindak demikian kerana melihat ada bayangan
perompak yang masuk ke rumah abangnya. Lalu dia mengambil dua pisau di
dapur dan menikam 'perompak' itu berkali-kali tanpa menyedari individu
yang ditikamnya itu adalah anak sulungnya sendiri.
"Kami sempat bercakap dengan dia dan dia berkata dia sudah menangkap
perompak yang memasuki rumahnya," kata Muliadi, RT setempat.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang
dijalankan.