[Video] "Menyesal Saya Makan Mi Segera Masa Study Dulu..:, Zaman Study Kuat Makan Mi Segera, Gadis Derita Gout & Dialisis 3 Kali Seminggu

Mi segera sering menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana harganya yang murah, malahan mudah dimasak menggunakan air panas sahaja. Memenuhi demand yang ada, industri pemakanan saban tahun terus mengeluarkan pelbagai perisa baru sesuai dengan selera masyarakat setempat. Namun tak ramai sedar terhadap kandungan tinggi garam serta MSG yang boleh menjejaskan kesihatan di masa akan datang.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok @khadijahazhari, seorang gadis yang berusia 25 tahun dilihat sedang menunggu untuk terima rawatan di sebuah pusat perubatan. Jelasnya, sekarang dia sedang menderita masalah buah pinggang serta gout dan perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu.

Semuanya berpunca kerana tabiat gadis berkenaan yang begitu gemar makan mi segera sewaktu masih belajar dahulu. Ketagihan yang berlarutan hampir setiap hari selama 3 tahun itu akhirnya membawa padah. Kini, sudah 7 tahun dia perlu berulang alik ke pusat perubatan mengubati masalah kesihatannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih mendengar nasib yang menimpa gadis berkenaan. Susulan itu, ramai yang mengakui rakaman berkenaan juga menimbulkan kesedaran di dalam diri serta mengingatkan kembali tentang tidak menjaga pemakanan.



Sumber: TikTok Khadijah Azhari 


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close