Isteri jual suami kepada pelanggan lelaki dipenjara 2 tahun, denda RM56,157
Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda
Rp200 juta (56,157) oleh mahkamah di Surabaya, Indonesia, baru-baru ini
selepas didapati bersalah kerana menjual suaminya sendiri di media
sosial.
Panel hakim yang diketuai Harijanto berkata, tertuduh, Veronita, 20
didapati tersalah berdasarkan bukti yang dikemukakan dan layak untuk
dihukum mengikut undang-undang pemerdagangan manusia.
Terdahulu, pendakwa raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara
selama tiga tahun dan denda Rp800 juta (RM224,637). Namun hakim
mengurangkan hukuman berkenaan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama
yang baik sepanjang perbicaraan itu dijalankan.
Difahamkan, perbuatan Veronita itu terbongkar selepas polis menyerbu
sebuah bilik di Hotel Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya, pada Januari
2018.
Ketika serbuan, polis telah menahan Veronita dan suaminya berusia 24
tahun bersama dengan lagi lelaki yang dipercayai pelanggan
mereka.
Related:
Veronita juga dilaporkan menubuhkan satu kumpulan di Facebook yang
menawarkan suaminya untuk aktiviti seks dengan bayaran antara Rp300,000
(84) hingga Rp500,000 (RM140).
Veronita mengakui melakukan perbuatan itu bagi mendapatkan wang kerana
mereka mengalami masalah kewangan, selain mengaku mereka baru saja
menjalankan aktiviti itu sebanyak empat kali. - Harian Metro