"Patutlah Saya Pelik Kenapa Bas Bergoyang Semacam..", Pemandu Bas Kesal Penumpang Buat Maksiat Dalam Bas
GERIK, PERAK - Keresahan seorang pemandu bas akhirnya terjawab apabila
dia menemui sehelai seluar dalam milik penumpangnya yang diselitkan di
celah kerusi.
"Kita bertongkat mata pandu bas nak sampai ke Terengganu dengan selamat
kerana nyawa penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas
sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi),"
kata pemandu bas yang tidak didedahkan namanya itu.
Menurut pemandu bas berkenaan, dia bukan mahu mengaibkan penumpangnya
tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan,
pemandu bas juga yang akan dipersalahkan.
"Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika pandu bas lalu Gerik
semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah
jawapannya.
"Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauuzubillah,"
katanya.
Sementara itu, Agensi Pelancongan D dan Adik Beradik Sdn Bhd juga
meluahkan rasa kesal mereka dengan tindakan penumpang yang melakukan
maksiat di dalam bas.
"Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma
mampu kata, "murahnya harga atau nilai seorang wanita". Di mana
terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini?
"Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita
sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda,
tolong jaga maruah anda yang bernama wanita.
"Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang
tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang
terkena tempias.
"Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak
diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT.
Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita
selamat.
"Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa
ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong
faham.
"Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan
semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu," katanya.