Kuda disebat sampai cedera kerana kalah dalam perlumbaan?
Viral di media sosial beberapa gambar seekor kuda yang cedera di bahagian
punggungnya dipercayai dipukul oleh pemiliknya setelah tewas dalam
pertandingan.
Gambar-gambar kecederaan yang serius pada kuda itu mencetuskan pelbagai
reaksi netizen yang menganggap pemiliknya kejam dan tidak berhati perut
kerana tergamak menghukum haiwan itu sehingga cedera parah.
Bagaimanapun, dakwaan yang tersebar di media sosial itu tidak benar sama
sekali. Semakan mendapati, kes itu sebenarnya berlaku pada September tahun
lalu di bandar Iguatu, Brazil.
Menurut Polis Iguatu, pemilik haiwan berkenaan, Helios, yang datang ke
balai dan membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa
kudanya.
Helios mendakwa kuda itu telah ditoreh dengan senjata tajam oleh rakannya
bernama Italo.
"Saya menjaga kuda ini seperti anak sendiri dan adalah mustahil saya nak
melakukan perkara menyakitkan seperti ini padanya.
"Saya percaya kejadian ini didalangi oleh rakan saya sendiri, namun saya
tidak pasti apa motif dia mencederakan kuda saya," katanya yang juga
mengatakan dia tiada sebarang masalah dengan Italo.
Tidak diketahui sama ada suspek berjaya ditangkap atau tidak. Namun kuda
itu telah diberikan rawatan dan kesemua luka-lukanya telah dijahit.
Orang ramai diminta tidak lagi menyebarkan informasi yang tidak betul mengenai kuda berkenaan.
Orang ramai diminta tidak lagi menyebarkan informasi yang tidak betul mengenai kuda berkenaan.