Hilang Nyawa Kerana Vape Meletup Di Muka
Letupan peranti rokok elektronik yang dikenali sebagai vape, menyebabkan
seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di mukanya.
Menurut sumber, mangsa, William Brown, 24, mengalami kecederaan parah
selepas alat peranti itu meletup di mukanya ketika dia sedang menggunakan
alat peranti itu dalam kejadian di Keller, Texas, USA.
"Serpihan logam alat peranti itu telah menusuk ke muka dan leher mangsa,"
kata sumber.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan menerima rawatan selama dua hari
sebelum disahkan meninggal dunia pada 29 Januari 2019.
Pakar perubatan berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan ateri
karotis di lehernya terputus selepas terkena serpihan logam alat peranti
yang meletup selain menjejaskan tengkoraknya.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Sumber: The Washington Post