[Video] Pemuda Ini Jatuh Cinta Dengan Lipas Dan Mahu Mengadakan Hubungan Kelamin Dengannya
Bagi kebanyakan orang, lipas merupakan serangga yang paling jijik dan
seboleh-bolehnya cuba mengelak dari bertembungnya. Tetapi lelaki dari
Jepun ini pula sebaliknya. Dia sangat menggemari serangga itu dan jatuh
cinta terhadap lipas selain pernah keluar berdating dengan lipas.
Menurut Sora News 24, lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Yuta
Shinohara itu mula berminat dengan lipas sejak zaman kanak-kanaknya. Yuta
juga seorang entomopaghist, individu yang makan serangga.
Yuta yang sangat dikenali sebagai pembuat ramen lipas telah menghidangkan
7,000 menu itu dan telah menggunakan lebih 100 ekor lipas dalam setiap
mangkuk.
Pada awalnya, dia takut untuk berkongsi minatnya yang mendalam pada
serangga itu. Tetapi apabila dia berusia 19 tahun, Yuta mendapati
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang merupakan organisasi di bawah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggalak orang makan
serangga.
FAO berkata, terdapat banyak kebaikan memakan serangga yang memberi
sumber protein.
Namun, Yuta jatuh cinta dengan seekor lipas yang diberi nama, Lisa. Ia
bukan lipas biasa, tetapi lipas yang dibeli khas dari Afrika.
Yuta mendakwa, dia mempunyai hubungan istimewa dengan Lisa, namun
berakhir tahun lalu kerana lipas itu tidak mempunyai jangka hayat yang
panjang.
Yuta berkata, dia terasa sangat rapat dengan Lisa dan adakalanya terasa
seperti berkomunikasi dengannya. Apabila Lisa mati, ianya satu perkara
yang amat menyakitkan bagi dirinya.
Tambahnya, Yuta adalah cinta pertamanya dan dia kerap membayangkan dia
mengadakan hubungan kelamin dengan Lisa.
Apabila Lisa mati, dia bercadang untuk makan bangkai Lisa agar Lisa akan
terus hidup di hatinya dan meneruskan kehidupan menjadi sebahagian dalam
dirinya.
Kini, Yuta merancang untuk memberikan fokus sepenuhnya pada aktivitinya
itu dan mencari jalan terbaik untuk membuatkan masyarakat menerima
minatnya itu.
Sumber: World of Buzz, Sora News 24