“Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?”, Peguam Rungkai Persoalan

Sejak berita penemuan adik Bella lagi, ramai mahu mengetahui kebenaran di sebalik keadaan yang menyayat hati tersebut. Pertikaian hebat turut berlaku apabila pengasas rumah kebajikan itu dibebaskan beberapa hari lalu.

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 2

Waktu itu ada 6 kanak-kanak di kondo tersebut…kenapa Bella seorang sahaja yang cedera?

Itulah persoalan yang ditampilkan oleh peguambela dan peguamcara, Asiah Abd Jalil menerusi satu hantaran di Facebook semalam. Perkara itu timbul selepas beliau meneliti kronologi kisah adik Bella secara menyeluruh, selain akui tidak cepat beremosi seperti netizen lain.


"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 3

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 4
Kredit Foto: Malaysia Gazette

Kenapa tak ditahan reman? Sebab polis sudah tahu kisah sebenar

Asiah Abd Jalil turut berjaya mengumpulkan fakta berhubung isu berkenaan, termasuklah maklumat tentang kesemua kanak-kanak yang menetap di kondo terbabit. Malah difahamkan, 2 daripada mereka sudah diambil keterangan selaku saksi kejadian. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pengasas Rumah Bonda tidak ditahan reman tempoh hari kerana pihak polis sudah tahu kisah sebenar.

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 5

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 6


Saya di pihak Bainun, Syed Azmi & Rumah Bonda

Justeru, peguambela ini berharap pihak berkuasa boleh dedahkan hasil siasatan sebenar memandangkan isu adik Bella ini sudah jadi tumpuan umum. Ujarnya lagi, keluarga kandung anak-anak tersebut malah tahu betapa baiknya penjaga rumah kebajikan itu. Beliau secara terbuka juga maklumkan menyebelahi pihak Rumah Bonda.

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 7

"Ada 6 Budak Di Kondo, Kenapa Bella Seorang Cedera?" - Peguam Rungkai Persoalan 8

Sumber: FB Asiah Abd Jalil

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close