Rakyat Korea Utara Dilarang Pakai Jeans
PYONGYANG - Rakyat Korea Utara diharamkan memakai jeans dan bertindik,
demikian arahan dari pemimpin diktatornya, Kim Jong-un.
Difahamkan, pengharaman itu dibuat kerana bimbang penduduk Korea Utara
yang tinggal berhampiran sempadan China semakin terdedah kepada dunia
luar.
Berikutan itu, pemeriksaan akan dilakukan doleh sekumpulan inspektor muda
terhadap kepanjangan skirt, bentuk kasur dan juga gaya rambut.
Menurut wartawan warga Jepun yang bekerja di Pyongyang, Ishimaru Jiro
berkata, semakin ramai rakyat Korea Utara terpengaruh dengan budaya barat.
Operasi membanters pemakaian ala-barat itu akan diteruskan sehingga
perhimpunan ketujuh Kongres Parti Pekerja Korea Utara.
Mac lalu, golongan lelaki di negara itu diarahkan meniru gaya rambutnya
serta mengehadkan panjang rambut kepada dua sentimeter sahaja. Malah, kaum
wanita diarah meniru gaya rambut isterinya, Ri Sol-ju.