"Saya Salah Tag Nama Orang Di FB, Terus Suami Saya Belasah.." Dibelasah Kerana Gambar Bayi Ditag Dengan Nama Lelaki Lain Di FB
SINGAPURA - Seorang wanita dibelasah dengan teruk oleh suaminya sendiri
hanya kerana gambar bayi mereka ditag pada nama seorang lelaki yang tidak
dikenali.
Dalam kejadian pada 30 Januari itu, Stella Ooi, berasal dari Pulau Pinang
itu berkata, gambar anaknya itu ditag oleh rakannya dengan nama SH Dato'
Lee. Namun dia tidak mengenali individu berkenaan.
"Sesiapa sahaja boleh tag gambar di Facebook. Namun, hanya disebabkan
ini, saya dibelasah oleh suami saya," katanya.
Menurut mangsa, lelaki itu mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan
individu bernama SH Dato Lee meskipun telah menafikan dakwaan suaminya itu
berulang kali sehingga menimbulkan pertengkaran di antara
mereka.
Akibatnya, mangsa mengalami kesan lebam di beberapa bahagian
badan.
Ekoran dari itu, Stella telah membuat laporan polis dan dilaporkan mangsa
kini tidak tinggal bersama suaminya selepas kejadian itu.