Bibik Campur Air Kencing Dalam Susu Anak Majikan
SINGAPURA - Berang ditengking oleh mertua majikannya, seorang pembantu
rumah membalas dendam dengan mencampurkan air kencing ke dalam susu anak
majikannya yang berusia 4 tahun.
Bukan itu sahaja, pembantu rumah, Ela, 27, yang berasal dari Indonesia
itu juga turut mencampurkan najis ke dalam bekas air yang diminum oleh
keluarga majikannya itu.
Bagaimanapun, perbuatan jijiknya itu terbongkar selepas majikannya
apabila air yang diminumnya itu mempunyai rasa ganjil. Setelah disiasat,
dia mendapati Ela mengambil bekas air dari bilik tidurnya dan
mencucinya.
Ela kemudian dihantar semula ke agensi di mana dia akhirnya mengaku
melakukan perbuatan yang menjijikan itu, sebelum dihantar kepada pihak
polis.
Ela mengaku bahawa dia melakukan perbuatan jijik itu agar keluarga
majikannya mendengar dan patuh kepadannya.
Akibatnya, Ela dipenjarakan selama 6 minggu atas tuduhan melakukan
kerosakan.